Latih pasukan anda.Untuk faham, bina dan urus reporting sendiri.
Bukan sekadar hantar team pergi training. Method projek sebenar, practice berpandu, dan disesuaikan dengan kerja pasukan anda.


HRD Corp claimable · Registered training providerSoalan bisnes dahulu. Fungsi software menyusul.
Apa yang berubah? Mengapa angka berbeza? Tindakan apa yang perlu dibuat? Peserta belajar menghubungkan soalan ini dengan data, model, calculation dan paparan dashboard.
Hasilnya, pasukan boleh menerangkan angka sendiri, bukan sekadar menunjukkan chart.

Empat prinsip dalam setiap latihan
Soalan bisnes sebenar
Gunakan soalan reporting yang relevan dengan peranan peserta. Tetapkan apa yang perlu dibaca, disemak dan diterangkan.
Workflow yang realistik
Practice dari fail sumber ke Power Query, model data, DAX dan dashboard. Data latihan atau data syarikat yang dipersetujui, mengikut skop.
Guided practice
Peserta membina pada laptop sendiri, menyemak hasil dan bertanya bila angka tidak sepadan. Trainer terangkan sebab setiap langkah.
Method daripada projek klien
Definisi KPI, semakan calculation, keperluan pengguna dan handover. Fokus pada cara berfikir, bukan hafalan klik.
Kenapa Power BI, bukan Excel atau Looker Studio?
Ketiga-tiganya bagus untuk kerja masing-masing. Bila report mula guna banyak fail, perlu dikemas kini setiap bulan dan dikongsi dalam syarikat, Power BI yang biasanya dipilih.

| Keperluan | Excel | Looker Studio | Power BI |
|---|---|---|---|
| Data besar & banyak fail | Had sekitar 1 juta baris setiap sheet. Fail besar jadi perlahan. | Paling selesa dengan sumber Google: Sheets, GA4, Ads. | Gabung banyak fail dan sistem dalam satu model yang dimampatkan. |
| Model & KPI | Formula sel demi sel. Mudah tersalah bila fail diubah. | Calculated field asas. Gabungan data terhad. | Relationship antara table dan DAX untuk KPI seperti YTD dan YoY. |
| Report bulanan | Selalunya ulang copy-paste setiap bulan. | Auto kemas kini untuk sumber yang disambung. | Langkah Power Query disimpan. Tekan refresh, atau jadualkan. |
| Ekosistem kerja | Microsoft 365. | Google Workspace. | Microsoft 365: Excel, Teams dan SharePoint. |
| Kos untuk mula | Biasanya sedia ada. | Percuma. | Power BI Desktop percuma. Kongsi dalam organisasi perlukan lesen. |
Excel tetap penting. Power Query dan DAX yang anda belajar di sini juga digunakan dalam Excel, jadi skill anda bawa ke kedua-duanya.
Siapa guna Power BI

Power BI lazim dalam syarikat yang sudah menggunakan Microsoft 365. Microsoft dinamakan Leader dalam Gartner Magic Quadrant untuk platform Analytics & BI selama bertahun-tahun berturut-turut.
- Pembuatan & automotif
- Minyak, gas & tenaga
- Bank, insurans & kewangan
- GLC & sektor awam
- Logistik & rantaian bekalan
- Runcit & FMCG
- Kesihatan
- Pembinaan & hartanah
Aliran kerja yang pasukan belajar
Setup sekali, kemudian refresh bila data baharu masuk.
01Sumber data
Fail Excel, CSV dan export sistem yang bersepah.
02Power Query
Bersihkan sekali. Langkah disimpan untuk setiap refresh.
03Data model
Sambung table supaya satu filter menapis semuanya.
04DAX
Kira KPI sekali, guna di semua visual.
05Dashboard
KPI, trend dan slicer yang menjawab soalan bos.
Sesuaikan dengan tahap dan tanggungjawab pasukan
Kongsi bilangan peserta, tahap Power BI, cabaran reporting dan format pilihan. Kami bincangkan latihan tersendiri atau gabungan projek dan latihan, termasuk bahan rujukan serta susulan yang diperlukan.
Untuk urusan HRDC, admin boleh membantu semakan kelayakan dan quotation. Kelulusan tertakluk pada permohonan.
Penting untuk HRDC: Mohon HRDC sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh latihan untuk mengelak kesulitan kelulusan daripada pihak HRDC.

Diajar oleh practitioner, bukan pensyarah
Kami bina dashboard untuk kerja sebenar dahulu, kemudian latih pasukan menggunakan method yang sama.

- PL-300 Microsoft Data Analyst Associate
- Accredited HRDC Trainer
- Juara Power BI Hackathon

Pasukan yang telah berlatih bersama kami
Gambar daripada latihan in-house dan workshop terdahulu.






Apa yang pasukan anda perlu boleh buat selepas latihan?
Kongsi proses semasa, siapa yang menggunakan hasilnya dan apa yang perlu berubah.