HRDC claimable2 hari · bersemukaSeksyen 26, Shah Alam

Masuk dengan fail Excel.Balik dengan dashboard Power BI sendiri yang automate dan refresh tanpa masalah.

Dah tengok banyak tutorial YouTube tapi masih tersekat bila guna data sendiri? Dalam 2 hari, trainer di sebelah anda (maksimum 15 orang) sampai dashboard anda siap.

Kelas bersemuka · maksimum 15 peserta

Pilih batch: 17–18 November 2026 (Selasa & Rabu) atau 21–22 November 2026 (Sabtu & Ahad), 9 pagi – 5 petang, Mastermind Training & Development, Seksyen 26, Shah Alam.

Badge HRD Corp Claimable daripada bahan penganjurBadge HRD Corp Registered Training Provider daripada bahan penganjurLencana Microsoft Certified: Power BI Data Analyst Associate (PL-300) milik trainer Hariz SharifHRD Corp claimable · Registered training provider
Trainer bertauliah Microsoft PL-300
17–18 Nov · 21–22 NovSelasa & Rabu atau Sabtu & Ahad · 9 pagi – 5 petang
15 pesertaMaksimum setiap batch
RM700Self-funded, seorang
RM1,000HRDC claimable, seorang

Untuk siapa

Tak perlu coding. Kalau anda biasa dengan Excel, anda dah cukup bersedia. Tiga jenis peserta, satu skill yang sama.

Peserta membina visual Power BI pada laptop masing-masing

Fresh grad

Resume anda perlu bukti, bukan sekadar “mahir Excel”.

Iklan kerja untuk jawatan data dan reporting semakin menyenaraikan Power BI. Anda keluar dengan dashboard sendiri yang boleh ditunjuk semasa interview.

  • Projek dashboard untuk portfolio
  • Boleh terangkan KPI dan cara data diolah
  • Skill yang terus boleh disenaraikan dalam resume
Hariz Sharif menunjukkan langkah Power BI pada laptop peserta

Dah bekerja

Engineer, akauntan, HR: masalah report anda, selesai di Power BI.

Log maintenance, report bulanan, data kehadiran. Gabung fail Excel sekali, kemudian refresh setiap bulan. Bawa kes kerja anda ke sesi konsultasi 2 jam.

  • Finance: budget vs actual ikut cawangan
  • Engineering & operasi: downtime dan breakdown
  • HR: headcount, turnover dan kehadiran
Peserta berlatih dengan dashboard dipaparkan di skrin

Tukar kerjaya

Nak jadi data analyst? Power BI ialah titik mula yang paling praktikal.

Tak perlu coding dulu. Anda belajar asas kerja analyst: bersihkan data, bina model, kira KPI dan present insight. Topik kelas mengikut aliran Microsoft PL-300.

  • Asas data analyst tanpa coding
  • Langkah pertama ke arah pensijilan PL-300
  • E-learning seumur hidup untuk sambung belajar

Beginilah rupa 2 hari bersama kami

Klip sebenar daripada seminar terdahulu. Konsep di skrin besar, kemudian trainer datang ke meja anda bila anda stuck.

Konsep di skrin besar
Trainer bantu satu-satu
Hands-on dengan data

Kenapa Power BI, bukan Excel atau Looker Studio?

Ketiga-tiganya bagus untuk kerja masing-masing. Bila report mula guna banyak fail, perlu dikemas kini setiap bulan dan dikongsi dalam syarikat, Power BI yang biasanya dipilih.

Excel

Spreadsheet & analisis cepat
Data besar & banyak fail
Had sekitar 1 juta baris setiap sheet. Fail besar jadi perlahan.
Model & KPI
Formula sel demi sel. Mudah tersalah bila fail diubah.
Report bulanan
Selalunya ulang copy-paste setiap bulan.
Ekosistem kerja
Microsoft 365.
Kos untuk mula
Biasanya sedia ada.

Looker Studio

Dashboard untuk data Google
Data besar & banyak fail
Paling selesa dengan sumber Google: Sheets, GA4, Ads.
Model & KPI
Calculated field asas. Gabungan data terhad.
Report bulanan
Auto kemas kini untuk sumber yang disambung.
Ekosistem kerja
Google Workspace.
Kos untuk mula
Percuma.

Pilihan untuk report syarikat

Power BI

Model data & report bersama
Data besar & banyak fail
Gabung banyak fail dan sistem dalam satu model yang dimampatkan.
Model & KPI
Relationship antara table dan DAX untuk KPI seperti YTD dan YoY.
Report bulanan
Langkah Power Query disimpan. Tekan refresh, atau jadualkan.
Ekosistem kerja
Microsoft 365: Excel, Teams dan SharePoint.
Kos untuk mula
Power BI Desktop percuma. Kongsi dalam organisasi perlukan lesen.

Swipe untuk bandingkan Excel dan Looker Studio →

Excel tetap penting. Power Query dan DAX yang anda belajar di sini juga digunakan dalam Excel, jadi skill anda bawa ke kedua-duanya.

Siapa guna Power BI

Dari kilang hingga bank, skill yang sama dicari.

Power BI lazim dalam syarikat yang sudah menggunakan Microsoft 365. Microsoft dinamakan Leader dalam Gartner Magic Quadrant untuk platform Analytics & BI selama bertahun-tahun berturut-turut.

  • Pembuatan & automotif
  • Minyak, gas & tenaga
  • Bank, insurans & kewangan
  • GLC & sektor awam
  • Logistik & rantaian bekalan
  • Runcit & FMCG
  • Kesihatan
  • Pembinaan & hartanah

Aliran kerja yang anda belajar

Kerja analyst yang sama, sama ada untuk report bulanan atau projek portfolio. Setup sekali, kemudian refresh bila data baharu masuk.

  1. 01Sumber data

    Fail Excel, CSV dan export sistem yang bersepah.

  2. 02Power Query

    Bersihkan sekali. Langkah disimpan untuk setiap refresh.

  3. 03Data model

    Sambung table supaya satu filter menapis semuanya.

  4. 04DAX

    Kira KPI sekali, guna di semua visual.

  5. 05Dashboard

    KPI, trend dan slicer yang menjawab soalan bos.

Skrin Power BI Desktop daripada kelas live, menunjukkan report Performance dan panel Format
Skrin sebenar daripada kelas: report yang dibina langkah demi langkah.
Power BI E-learning: senarai pelajaran dan video Get Data and Import Table to Power Query
Selepas kelas: 93 video e-learning, akses seumur hidup.

Apa yang anda bina

Enam modul, semuanya latihan pada laptop anda sendiri. Bukan teori, bukan slaid.

Skrin Power BI Desktop di laptop peserta semasa latihan

Tools dalam kelas

  • XMicrosoft ExcelSumber data harian anda
  • Power BI DesktopBina model dan report
  • Power QueryBersihkan dan gabung data
  • DAXKira KPI dan trend
  • Power BI ServicePublish dan kongsi report
  1. 01

    Faham peranan data dalam kerja anda

    Kenal workflow sebelum mula membina report.

    Get Started with Microsoft Data Analytics
  2. 02

    Sediakan data yang boleh digunakan

    Tahu apa yang perlu diperiksa pada fail sumber.

    Prepare Data for Analysis
  3. 03

    Data cleansing dengan Power Query

    Faham langkah data cleansing yang boleh digunakan semula.

    Power Query ETL + AI
  4. 04

    Sambungkan table dengan betul

    Faham bagaimana satu table menapis table yang lain.

    Model Data with Power BI
  5. 05

    Calculate KPI dan check logiknya

    Boleh terangkan asas calculation di sebalik KPI.

    DAX KPI & AI-Assisted Calculation
  6. 06

    Bina paparan dan faham cara berkongsi

    Tahu cara menyusun report untuk pembacanya.

    Design, Manage & Secure Power BI

Dashboard yang anda boleh bina selepas belajar

Ini dashboard sebenar yang dibina dengan teknik yang sama diajar dalam kursus: Power Query, data model dan DAX. Scroll ke bawah dan cuba setiap satu.

  1. Human Resources · 12 page

    HR Performance Dashboard

    Headcount, attrition, prestasi, engagement dan eNPS, sampai drill-through profil setiap pekerja.

  2. Supply chain & gudang · 9 page

    Inventory Performance Dashboard

    Ketersediaan stok, stockout, lebihan stok, slow-moving, ketepatan stok serta turnover dan cover.

  3. Operasi & maintenance · 9 page

    Maintenance & OEE Performance Dashboard

    OEE (availability, performance, quality), downtime dan SLA, backlog, PM compliance dan aset yang perlu tindakan.

  4. Kewangan · 16 page

    Oil & Gas Finance Dashboard

    Income statement, budget vs actual, kos unit dan harga Brent, capex, cash flow, receivables dan payables.

  5. Perolehan · 13 page

    Procurement Performance Dashboard

    Perbelanjaan, penjimatan rundingan, prestasi dan risiko pembekal, OTIF, PO cycle time dan pematuhan kontrak.

Klik menu dalam setiap dashboard, tukar filter dan buka setiap page. Semua data adalah rekaan.

Silibus 2 hari

9 pagi – 5 petang kedua-dua hari. Makanan tidak disediakan, tetapi ada kedai makan berdekatan. Bawa laptop dengan Excel dan Power BI Desktop. Laptop syarikat: WhatsApp kami untuk semak pemasangan.

Hari 1

Asas reporting, Power Query & data model.

  1. 01
    Power BI orientation & reporting workflow

    Fahami masalah reporting yang boleh dibantu oleh Power BI, workflow Connect–Build–Design serta peranan Desktop, Service dan Mobile.

  2. 02
    Power BI Desktop setup & data import

    Check setup, kenali Report, Data dan Model view, kemudian import fail Excel serta CSV. Check data yang dimasukkan sebelum bergerak ke langkah seterusnya.

  3. 03
    Power Query foundations

    Check profil data dan susun query. Buang column yang tidak diperlukan, betulkan data type dan urus blank, error serta duplicate melalui langkah data cleansing.

  4. 04
    Advanced transformation & data modelling

    Practice append, merge dan unpivot; kenali import daripada folder serta web. Bina date table dan relationship mengikut struktur star schema.

  5. 05
    DAX foundations & guided practice

    Bezakan measure dengan calculated column. Practice aggregation, conditional logic, calculation asas dan format nilai, kemudian check model serta formula melalui latihan dan Q&A.

Hari 2

Dashboard, sharing & keyakinan present report.

  1. 06
    DAX calculations & time intelligence

    Bina measure dengan CALCULATE dan fahami filter context. Gunakan date table untuk MTD, YTD, YoY serta variance supaya prestasi boleh dibandingkan mengikut tempoh.

  2. 07
    Dashboard design & interactive navigation

    Tetapkan canvas dan theme, pilih visual serta slicer yang sesuai. Practice drill-through, tooltip, Top N, button dan interaction untuk membantu pembaca meneroka report.

  3. 08
    Professional Dashboard Lab: guided build

    Bina KPI card dan visual bisnes bersama trainer. Gunakan format yang konsisten dan susun report supaya soalan, angka penting serta insight mudah diikuti.

  4. 09
    Power BI Service, publishing & governance

    Kenali proses save dan publish, workspace serta asas sharing. Check perbezaan report dengan dashboard, akses pengguna dan perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum berkongsi.

  5. 10
    Capstone review, presentation & Q&A

    Review dashboard, troubleshoot masalah lazim dan practice present insight. Bincangkan cara menggunakan pembelajaran ini untuk kes reporting dalam kerja anda serta langkah penambahbaikan seterusnya.

Kenapa dalam kelas, bukan YouTube

Power BI boleh dipelajari di YouTube. Masalahnya, anda tersekat bila data sendiri tak ikut contoh dalam video: total tak sama dengan Excel, relationship jadi berselirat.

Dalam kelas, trainer di sebelah anda. Maksimum 15 peserta, jadi setiap skrin sempat disemak. Soalan dijawab ketika itu juga.

Hariz Sharif membimbing peserta pada laptop semasa kelasKelas Power BI dengan peserta menggunakan laptop masing-masingHariz Sharif memerhati peserta membina dashboardGambar kumpulan peserta kelas Power BI

Kenali trainer anda

Trainer yang membina dashboard dalam kerja sebenar, kemudian mengajar method yang sama di kelas fizikal, webinar live, e-learning dan latihan in-house.

Hariz Sharif, trainer Power BI

Hariz Sharif

Pengasas & lead trainer · Lead Power BI Developer

8+ tahun dalam sektor tenaga, utiliti dan kejuruteraan. Pernah mengetuai kerja Power BI dan Microsoft Fabric untuk operasi minyak dan gas, kemudian mengajar method reporting yang sama kepada individu dan pasukan.

3,000+
Peserta dilatih
193+
Sesi latihan sejak Mei 2024
8+ thn
Pengalaman industri
  • Microsoft Certified: Power BI Data Analyst (PL-300)
  • HRD Corp Accredited Trainer
  • Professional Technologist (Ts.), MBOT
  • Graduate Engineer (Electrical), BEM
  • Lead Power BI Developer & Consultant, syarikat minyak & gas antarabangsa (MNC)
  • Maintenance Planner (Power Platform Developer), syarikat utiliti tenaga (GLC)
  • Pemenang Power BI Hackathon peringkat syarikat (2022)
As a noob, the course was helpful in giving me the basic idea, features and functions of Power BI. Trainer was very patient in repeating the instructions and explanations.
Peserta seminar, ulasan Google

E-certificate yang boleh dikongsi di LinkedIn

Selepas tamat seminar 2 hari, anda terima e-certificate melalui email. Kongsi terus sebagai credential di LinkedIn untuk naikkan visibility anda di kalangan recruiter.

Contoh e-certificate of attendance Digital Analytic Solution untuk Microsoft Power BI Workshop, dengan logo HRD Corp, tandatangan trainer dan Certificate ID
Contoh e-certificate sebenar. Nama, tajuk dan tarikh mengikut kursus anda.
  1. 01E-certificate dengan ID unikSetiap sijil ada Credential ID yang boleh disahkan secara online oleh majikan.
  2. 02Add to LinkedIn ProfileSatu klik untuk masukkan sijil ke bahagian Licenses & certifications di profil LinkedIn anda.
  3. 03Lebih kelihatan kepada recruiterRecruiter yang mencari skill Power BI nampak bukti latihan anda terus pada profil.

Yuran

Kadar seorang. Lebih ramai dari syarikat yang sama, lebih rendah kadarnya.

Self-funded

RM700

RM675 untuk 2–4 peserta · RM650 untuk 5 ke atas

  • 2 hari latihan bersemuka
  • 6 modul + Professional Dashboard Lab
  • Personal consultation 2 jam
  • Power BI E-learning: 93 video, akses seumur hidup
Bonus: 5 template dashboard Power BIBernilai RM999 · HR, inventori, maintenance, kewangan & perolehanLihat dashboard
Daftar

HRDF / HRDC

RM1,000

RM900 seorang untuk 3 peserta ke atas

  • Semua dalam self-funded
  • Quotation & dokumen untuk HR
  • Mohon sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh latihan
Bonus: 5 template dashboard Power BIBernilai RM999 · HR, inventori, maintenance, kewangan & perolehanLihat dashboard
Badge HRD Corp Claimable daripada bahan penganjurBadge HRD Corp Registered Training Provider daripada bahan penganjurHRD Corp claimable · Registered training provider
Minta quotation (tab baharu)

Penting untuk HRDC: Mohon HRDC sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh latihan untuk mengelak kesulitan kelulusan daripada pihak HRDC.

Servis develop dashboard Power BI

Perlukan dashboard dibina untuk syarikat anda?

Trainer yang sama membina dashboard untuk syarikat: susun data, tetapkan KPI, bina model dan dashboard, kemudian handover kepada pasukan anda. Harga bergantung kepada kerumitan data dan reka bentuk dashboard yang diperlukan.

Bermula dariRM2,500

Bonus untuk setiap peserta

5 template dashboard Power BI, bernilai RM999

Fail .pbix yang sama dengan dashboard live dalam page ini. Buka dalam Power BI Desktop, kaji data model dan DAX, kemudian guna sebagai titik mula untuk report anda sendiri.

  • Template dashboard HR Power BIHR
  • Template dashboard Inventori Power BIInventori
  • Template dashboard Maintenance & OEE Power BIMaintenance & OEE
  • Template dashboard Kewangan Power BIKewangan
  • Template dashboard Perolehan Power BIPerolehan

Tarikh & tempat

17–18 November 2026Selasa & Rabu · 9 pagi – 5 petangPilih batch ini
21–22 November 2026Sabtu & Ahad · 9 pagi – 5 petangPilih batch ini

Mastermind Training & Development, Seksyen 26, Shah Alam. Bersemuka, Bahasa Melayu. Latihan in-house untuk satu jabatan juga boleh diatur.

Ulasan di Google

Ulasan Google peserta

Ulasan peserta Seminar Fizikal Power BI Mastery batch 3–4 Oktober 2026, dipaparkan seperti ditulis di Google.

Linda ZakariaOktober 2026
A very worthwhile Power BI training experience! Even though I already had some knowledge and experience using Power BI, this class was really helpful because it gave me a complete and structured understanding of Power BI — from the basic fundamentals to more detailed and practical techniques. Before: I was already familiar with Power BI, but there were still some gaps in my understanding, especially when it came to applying the right techniques and making the most out of the available features. After: The training helped me connect the dots and understand Power BI in a much more systematic way. I feel more confident in creating dashboards, working with data, and understanding how Power BI can be used more effectively for reporting and analysis. Solution: What I liked most was the step-by-step approach, starting from the basics and gradually moving into more advanced details. The practical examples and hands-on exercises also made it much easier to understand and apply what was taught. Overall, even if you already have some Power BI knowledge, I would still highly recommend this class. It is suitable for beginners as well as those who already have experience but want to strengthen their foundation, discover better techniques, and improve their confidence in using Power BI. Definitely recommended for anyone looking to level up their Power BI skills!
shimah sanusiOktober 2026
Sgt bagus..trainer mmg ajar satu per satu...dari manage data sampai lah develop dashboard..sebelum hadir, sy mmg xde langsung basic power bi..lepas hadir kursus ni, alhamdulillah dah boleh bina dashboard sendiri. Lepas ni, kena rajin praktiskan apa yang dipelajari agar x lupa..terima kasih En. Hariz atas tunjuk ajar..
Gambar kumpulan peserta seminar Power BI bersama Hariz Sharif
Mizkook KookooOktober 2026
As a noob, the course was helpful in giving me the basic idea, features and functions of PowerBI. Trainer was VERY patient in repeating the instructions and explanations, while demonstrating strong authority on the subject matter. It was a worthy weekend spent. Thank you Tn Hariz.
Hariz Sharif di hadapan slaid Master Power BI Workshop
Yahya AhmadOktober 2026
I came with zero knowledge on Power BI and feeling fear the subject matter. Alhamdulillah I completed the course with necessary basic knowledge to master this topic. Most importantly, fear is no longer a factor.
ahmad zakiOktober 2026
mudah faham dan nak join next kelas

Jawapan

Soalan lazim

Tak jumpa jawapan? WhatsApp admin, kami balas pada waktu pejabat.

Saya baru mula belajar Power BI. Boleh ikut?

Boleh. Kelas bermula dengan asas data dan Power BI sebelum bergerak ke Power Query, model, DAX dan dashboard. Anda akan practice pada laptop sendiri dan boleh bertanya kepada trainer semasa latihan.

Perlu mahir AI sebelum datang?

Tidak. AI digunakan sebagai bantuan praktikal untuk idea KPI, memahami formula dan check ralat. Anda tetap belajar check jawapan AI dengan data dan logik bisnes sendiri.

Apa yang perlu saya bawa dan sediakan?

Bawa laptop sendiri serta pengecas. Sediakan Microsoft Excel dan Power BI Desktop sebelum kelas. Jika tidak pasti laptop atau pemasangan anda sesuai, hubungi admin untuk check sebelum hadir.

Syarikat saya sudah ada dashboard daripada vendor. Masih sesuai?

Sesuai jika anda mahu memahami sumber data, model dan calculation KPI, atau membuat analisis sendiri. Keupayaan mengubah dashboard sedia ada bergantung pada akses fail dan data yang diberikan oleh syarikat atau vendor.

Apa yang termasuk dalam pendaftaran seminar?

Dua hari latihan bersemuka dengan enam modul, Professional Dashboard Lab pada hari kedua, personal consultation dua jam, serta Power BI E-learning dengan 93 video dan akses seumur hidup. Makanan tidak disediakan, tetapi ada kedai makan berdekatan dengan lokasi latihan.

Bagaimana saya ulang kaji selepas kelas?

Gunakan Power BI E-learning yang disertakan: 93 video tutorial dengan lebih 15 jam pembelajaran dan akses seumur hidup. Anda juga mendapat personal consultation dua jam untuk membincangkan kes atau soalan dengan lebih khusus. Selaraskan masa konsultasi dengan admin.

Bagaimana pendaftaran melalui HRDF / HRDC?

Hubungi admin untuk quotation, check kelayakan dan bantuan permohonan. Mengikut panduan penganjur, permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh latihan untuk mengelak kesulitan kelulusan daripada pihak HRDC, dan disahkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kelas. Kelulusan tertakluk pada check permohonan.

Boleh daftar bersama rakan sekerja?

Boleh. Self-funded: RM700 seorang untuk seorang peserta, RM675 seorang untuk 2–4 peserta, dan RM650 seorang untuk 5 peserta ke atas. HRDF / HRDC: RM1,000 seorang untuk 1–2 peserta, atau RM900 seorang untuk 3 peserta ke atas. Kapasiti kelas ialah maksimum 15 peserta; check ketersediaan dengan admin.

Borang pendaftaran

Tempah tempat anda

Pilih PHYSICAL POWER BI, pilih batch dan bilangan peserta, kemudian lengkapkan borang. Admin akan sahkan melalui WhatsApp.

Penting untuk HRDC: Mohon HRDC sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh latihan untuk mengelak kesulitan kelulusan daripada pihak HRDC.

Tempah tempat seminar

Pilih batch dan bilangan peserta. Admin akan sahkan tempahan melalui WhatsApp.

Satu skill. Untuk resume, kerja, atau kerjaya baharu.

Pilih batch 17–18 Nov (Selasa & Rabu) atau 21–22 Nov (Sabtu & Ahad) · 15 tempat sahaja setiap batch.

WhatsApp admin