Belajar Power BI Dalam 1 Hari / 2 Malam | Digital Analytic Solution
Poster Webinar Online Power BI July 2026

Belajar Power BI Dalam 1 Hari / 2 Malam Untuk Automate Report Excel

Live hands-on dari setup sampai publish: clean data, bina dashboard KPI, refresh report dan share insight dengan team.

Sesuai untuk anda yang handle report sales, finance, HR, operation, marketing atau management setiap bulan. Kita guna data Excel sebagai latihan, kemudian tunjuk workflow Power BI yang boleh anda adapt untuk kerja sebenar.

Live via Zoom 1 hari full day / 2 malam after office Beginner-friendly HRDC claimable

Daftar Sekarang → RM150 Standard atau RM190 Unlimited

Who Should Attend?

  • Staff dan executive yang penat buat report manual Kalau setiap bulan anda copy-paste data, format chart, dan chase file dari department lain, kelas ini bantu anda tukar kerja berulang kepada workflow yang lebih laju.
  • Accountant, finance dan HR yang handle data besar Belajar susun data, clean dengan Power Query, dan buat report yang boleh refresh sendiri tanpa tunggu orang IT siapkan semuanya.
  • Marketer dan business owner yang nak nampak performance Gabungkan data sales, campaign, leads, conversion, dan KPI dalam dashboard yang senang dibaca.
  • Manager, team lead dan non-data analyst Anda paling faham konteks kerja sendiri. Bila anda tahu Power BI, lebih senang explain performance, spot masalah, dan buat keputusan cepat.
  • Fresh graduate dan career switcher Masukkan Power BI dalam resume dan bina portfolio dashboard yang nampak profesional untuk skill yang makin dicari majikan.

Masalah Yang Power BI Boleh Selesaikan

Kalau anda biasa kerja dengan Excel, KPI, sales, finance, HR, operation atau management report, kemungkinan besar anda pernah stuck dengan masalah-masalah ini.

Angle Excel

Excel dah mula jadi berat, lambat dan susah maintain

File makin besar, sheet makin banyak, formula bercampur, dan bila ada perubahan kecil satu report boleh jadi bercelaru.

Power BI bantu: data boleh dicuci di Power Query, disusun sebagai model, dan report boleh refresh tanpa ulang formula manual.
Formula Error

Terlalu banyak formula, pivot table dan VLOOKUP yang tak habis-habis

Report nampak simple, tapi belakang tabir penuh formula, helper column, pivot table, VLOOKUP/XLOOKUP, dan error kecil yang makan masa untuk troubleshoot.

Power BI bantu: pindahkan logic penting kepada Power Query, data model dan DAX measure supaya calculation lebih tersusun, reusable dan mudah semak.
File Sharing

Bila share Excel dengan orang lain, formula pula break

Link file berubah, sheet kena rename, range bergerak, external reference tak jumpa, atau user lain edit cell yang tak sepatutnya. Akhirnya report jadi tak reliable.

Power BI bantu: report boleh dipublish dan dishare sebagai dashboard, bukan bergantung kepada semua orang buka dan edit workbook yang sama.
Enterprise Use

Excel susah maintain bila dashboard perlu digunakan ramai orang

Excel sangat berguna untuk personal analysis, tapi bila nak collaborate dengan department, management, atau enterprise user, version control dan access jadi semakin susah.

Power BI bantu: lebih sesuai untuk dashboard collaboration di enterprise level melalui Power BI Service, refresh schedule, report link dan controlled access.
Manual Report

Masih buat report dengan copy-paste setiap minggu atau bulan

Ambil data, combine file, betulkan format, update chart, screenshot, dan hantar semula report yang sama berulang kali.

Power BI bantu: bina workflow sekali, kemudian refresh data untuk update KPI, chart, dan dashboard dengan lebih cepat.
Jobhunting

Susah nak nampak menonjol bila bersaing untuk kerja

Ramai candidate tulis “Microsoft Excel” dalam resume. Majikan sekarang makin cari orang yang boleh automate report dan explain data.

Power BI bantu: anda boleh tambah dashboard portfolio, skill data visualization, DAX, dan reporting automation dalam resume.
Data Bersepah

Data datang dari banyak sheet, file dan department

Sales ada file sendiri, finance ada format lain, operation update table lain. Bila nak gabungkan semua, data jadi susah dipercayai.

Power BI bantu: gabungkan data daripada Excel, folder, SQL, SharePoint, Google Sheets dan sumber lain dalam satu model.
Boss Request

Boss selalu tanya soalan baru, report lama tak cukup menjawab

“Sales ikut region?”, “produk mana drop?”, “compare bulan lepas?”, “team mana perform?” Semua ini ambil masa kalau report statik.

Power BI bantu: dashboard boleh ada slicer, filter, drill-through, tooltip, dan visual interaktif untuk jawab soalan dengan cepat.
Sharing & Decision

Insight susah dikongsi dengan manager, colleague atau team

Report tersimpan dalam satu laptop, email attachment bercampur version lama, dan team susah nak tengok data yang sama.

Power BI bantu: publish ke Power BI Service, share report link, setup refresh, dan bantu team buat decision berdasarkan data terkini.

Bukan webinar Power BI biasa

Kenapa Live Webinar Ini Lain Dari Yang Lain?

Kelas ini bukan sekadar tunjuk slide, demo laju, kemudian peserta kena figure out sendiri. Fokus utama ialah bantu anda faham workflow sebenar Power BI sampai boleh apply untuk kerja dan portfolio.

Anda akan belajar cara develop report yang lebih kemas, boleh refresh, senang maintain, dan boleh dipublish untuk kegunaan team. Setiap step juga disokong dengan nota lengkap supaya anda boleh rujuk semula semasa atau selepas webinar.

Target akhir: anda bukan hanya tahu klik button, tapi faham cara fikir seorang Power BI developer yang lebih efficient dan above average di tempat kerja.
1

Guide hands-on step by step sampai publish

Trainer guide dari setup, import data, clean, model, DAX, dashboard, sampai publish report. Kalau tertinggal step, boleh tanya terus secara live.

2

Boleh tanya live sampai faham

Ini bukan kelas tengok recording pasif. Bila error, stuck, atau tak faham konsep, anda boleh tanya semasa kelas supaya tidak terus tertinggal.

3

Diajar oleh trainer practitioner

Trainer bukan sekadar ajar teori. Mereka practitioner yang pernah bina report, handle dashboard, dan mengajar Power BI kepada ramai peserta.

4

Module sentiasa up to date

Setiap batch live akan diperbaiki ikut feedback, update Power BI terbaru, dan soalan real yang biasa berlaku dalam kelas dan tempat kerja.

5

Best practice, bukan sekadar basic dashboard

Anda akan nampak cara susun data, model, measure, visual, layout, dan publish report supaya hasil kerja lebih efficient dan mudah maintain.

6

Workflow yang boleh terus guna di tempat kerja

Contoh dan projek disusun supaya relate dengan report sales, KPI, management, finance, operation, dan kerja reporting yang biasa dibuat di company.

7

Nota lengkap step-by-step untuk rujukan berkali-kali

Bukan sekadar ajar live. Anda dapat nota comprehensive yang pecahkan step dari setup, import data, Power Query, data model, DAX, dashboard, publish dan share supaya mudah ulang semula bila apply di tempat kerja.

Kenapa Power BI Skill Ini Penting?

Power BI bukan hanya untuk data analyst. Ia adalah skill produktiviti untuk sesiapa yang bekerja dengan angka, KPI, report, sales, operation, finance, HR, marketing, atau management.

Tool yang dekat dengan pengguna Windows

Cari Power BI Desktop di Microsoft Store, download, dan mula guna secara percuma untuk bina report dan dashboard. Ramai tak perasan tool ini mudah diakses, tapi siapa yang pandai guna akan jadi lebih valuable di tempat kerja.

Kurangkan kerja report yang berulang

Daripada copy-paste Excel setiap minggu atau bulan, anda belajar workflow yang boleh clean data, refresh report, dan susun KPI dalam dashboard yang mudah dibentang.

Skill yang makin dicari di tempat kerja

Company perlukan orang yang boleh faham data dan communicate insight. Tak perlu tunggu title data analyst, staff yang tahu data akan lebih cepat nampak peluang, masalah, dan next action.

Banyak syarikat Malaysia memang sudah guna Microsoft ecosystem

Excel, PowerPoint, Teams, SharePoint, OneDrive dan Microsoft 365 sudah biasa digunakan di banyak company. Sebab itu Power BI lebih mudah diterima sebagai data visualization tool berbanding tool yang perlu setup ecosystem asing.

Mudah connect, share dan digunakan oleh team

Power BI senang masuk dalam workflow Microsoft sedia ada. Report boleh dipublish, dishare sebagai link, dibentang dalam meeting, dan diakses oleh user tanpa perlu pening embed dengan terlalu banyak tool luar.

Buka laluan ke certification dan peluang career

Lepas faham workflow dalam webinar ini, anda boleh terus nampak path ke Microsoft Certified: Power BI Data Analyst Associate. Search sahaja di LinkedIn atau portal kerja, skill Power BI memang banyak muncul dalam vacancy data, reporting, finance, sales, operation dan role antarabangsa.

Practical Hands-On Projects

Dashboard di bawah ialah project latihan sebenar yang akan digunakan semasa webinar. Fokus utama bukan sekadar tiru satu dashboard, tapi belajar cara guna Power BI, manage data dengan best practice, dan faham workflow supaya skill yang sama boleh digunakan untuk dashboard lain selepas kelas.

Power BI sales performance dashboard project

Sales Performance Dashboard

Kita guna data Excel sebagai latihan untuk bina dashboard sales, target, trend, region, dan performance. Bila anda dah faham fundamental develop dashboard ini, skill yang sama boleh dipakai untuk dashboard finance, HR, operation, marketing, inventory, atau reporting lain.

Power BI data cleaning and model setup project

Data Cleaning & Model Setup

Belajar konsep best practice manage data: susun data Excel, clean guna Power Query, dan modelkan table supaya dashboard lebih senang refresh, maintain, dan scale bila data makin besar.

Power BI publish and share dashboard project

Publish & Share Report

Belajar publish dashboard ke Power BI Service, setup refresh, dan share report dengan manager, colleague, atau team yang perlukan insight.

Signature Power BI Workflow Modules

Module ini disusun ikut flow kerja sebenar seorang Power BI developer: bukan hafal button satu-satu, tapi faham cara tukar data Excel yang berselerak kepada dashboard yang boleh digunakan boss, team, dan management.

1. Connect Business Data 2. Clean With Power Query 3. Build Data Model 4. Create DAX KPI 5. Design Interactive Dashboard 6. Publish & Share Report
Trainer presenting Power BI webinar workflow
Module 01

Power BI Ecosystem & Why This Skill Matters

Faham gambaran besar Power BI supaya anda tahu kenapa tool ini high-value untuk productivity, reporting, dan career growth.

  • Apa itu Power BI dan beza Power BI Desktop vs Power BI Service
  • Kenapa Power BI Desktop boleh mula guna secara percuma melalui Microsoft Store
  • Kenapa Power BI kuat untuk business sebab ia berada dalam Microsoft ecosystem
  • Bila perlu guna Desktop, Service, link report, mobile view, dan refresh schedule
Module 02

Data Mindset: Dari Excel Cells Ke Proper Table

Sebelum bina dashboard, anda akan faham cara data patut disusun supaya Power BI boleh baca dengan betul.

  • Faham konsep rows, columns, header, dan satu row sebagai satu transaksi
  • Kenal pasti data mentah, master table, ID product, ID customer, location, dan salesperson
  • Best practice tukar raw Excel range kepada table menggunakan Ctrl+T
  • Kenal data issue seperti duplicate ID, blank, wrong format, dan hidden notes dalam Excel supaya asas ini boleh dipakai untuk datasource lain juga
Module 03

Power Query ETL: Clean, Shape & Prepare Data

Inilah bahagian yang ramai skip, tetapi sebenarnya paling penting sebelum dashboard nampak kemas dan boleh refresh.

  • Import data daripada Excel sebagai latihan, kemudian faham konsep yang sama untuk 100+ datasource seperti Google Sheets, SAP, SharePoint List, SQL, folder bulanan dan banyak lagi
  • Remove column, replace value, remove duplicates, filter blank, dan betulkan data type
  • Guna conditional column, column from example, dan custom column untuk transform data
  • Susun langkah cleaning supaya data boleh refresh tanpa ulang kerja manual
Module 04

Data Modeling & Relationship Yang Betul

Belajar cara sambungkan table supaya dashboard boleh filter ikut produk, customer, tarikh, region, dan salesperson dengan tepat.

  • Bezakan transaction table dan master table supaya model tidak bercelaru
  • Bina relationship antara sales, product, location, customer, dan date table
  • Faham cara cross-filter berfungsi apabila user klik slicer atau visual
  • Susun model supaya report lebih mudah maintain, scale, dan troubleshoot
Module 05

DAX KPI & Time Intelligence

Masuk kepada bahagian calculation supaya dashboard bukan sekadar cantik, tapi boleh jawab soalan business yang penting.

  • Faham beza formula Excel dengan DAX measure dalam Power BI
  • Bina key measure untuk total sales, profit, order, customer, dan KPI utama
  • Guna konsep CALCULATE, date hierarchy, dan time intelligence untuk trend analysis
  • Tahu bila perlu buat transformation di Power Query dan bila perlu guna DAX
Module 06

Dashboard Design, Interaction, Publish & Share

Anda akan bina dashboard yang boleh digunakan, bukan hanya screenshot cantik. User boleh klik, filter, drill, dan share insight.

  • Bina KPI card, slicer, matrix seperti pivot table, bar chart, line chart, donut chart, dan map
  • Guna rule praktikal: maksimum 5 visual utama, warna terkawal, dan layout tidak berserabut
  • Tambah cross-filtering, edit interaction, drill-through page, dan tooltip untuk analysis lebih mendalam
  • Publish ke Power BI Service, share report link, setup refresh, dan susun mobile view

What You Will Learn

Excel data cleaning to clean report icon

Turn Excel Data Into Clean Reports

Faham cara susun, import, dan transform data supaya report tidak lagi bergantung pada kerja copy-paste manual yang makan masa.

Professional Power BI dashboard icon

Build Professional Power BI Dashboards

Bina visual, KPI, chart, slicer, dan dashboard yang nampak kemas untuk boss, client, atau management meeting.

DAX analysis formula and chart icon

Use DAX For Better Analysis

Belajar DAX dan calculation asas sampai intermediate supaya dashboard bukan sekadar cantik, tapi boleh jawab soalan business.

Publish share and support icon

Publish, Share & Get Support

Anda akan tahu cara publish report, share insight dengan team, dan dapat support group selepas kelas kalau stuck masa apply di tempat kerja.

Course Details

Format: Webinar online live melalui Zoom

Duration: 1 hari intensive hands-on training

Language: Bahasa Melayu

Level: Beginner to Intermediate

Tools: Power BI Desktop, Microsoft Store, Excel training dataset, Power Query, DAX, Power BI Service, dan konsep import dari 100+ datasource connectors

Power BI Workflow Tools

Power BI Desktop dashboard icon

Power BI Desktop

Tempat utama untuk develop report, import data, bina model, DAX, dan design dashboard dari pelbagai datasource.

Excel data source to Power BI icon

Excel Data Source

Kita guna data Excel untuk latihan fundamental. Bila dah faham, konsep sama boleh dipakai untuk Google Sheets, SAP, SharePoint List, SQL dan datasource lain.

Power Query data cleaning pipeline icon

Power Query

Clean data, remove duplicate, fix format, combine file, dan automate transformation.

Power BI data modeling relationship icon

Data Modeling

Sambungkan table sales, product, customer, date, dan location supaya dashboard tepat.

DAX measures KPI calculation icon

DAX Measures

Bina KPI seperti sales, profit, trend, growth, dan calculation yang jawab soalan business.

Power BI Service publish and share icon

Power BI Service

Publish dashboard, share report link, setup refresh, dan bantu team tengok insight terkini.

Course Fee

Ini bukan sekadar bayar untuk join Zoom. Anda dapat live coaching, workflow lengkap Power BI, dataset, recording, nota step-by-step, resources, support, dan guided publishing supaya pelaburan RM150/RM190 rasa sangat berbaloi.

Starter

Standard

Pilih mana-mana satu sesi live yang sesuai dengan jadual anda. Sesuai kalau anda nak mula dari zero dan terus bina dashboard pertama.

RM150 one live session
Bundle RM1,587 Jimat RM1,437

Yang anda dapat dalam Standard:

7 jam live hands-on Power BI melalui ZoomTrainer guide step-by-step dari setup sampai dashboard siap.
Value RM350
Power Query, data model, DAX & dashboard workflowBelajar workflow sebenar, bukan tengok demo surface-level.
Value RM300
Publish & share report walkthroughBelajar cara publish ke Power BI Service dan share dashboard.
Value RM180
Demo dataset, workbook & project dashboardFile latihan supaya anda boleh follow dan ulang semula.
Value RM180
Video rakaman kelasUlang semula bahagian Power Query, DAX atau publish bila perlu.
Value RM197
Nota step-by-step + resources library + ChatGPT prompt bonusNota comprehensive, rujukan, dan prompt untuk ulang semula workflow Power Query, data model, DAX, dashboard, publish dan share.
Value RM150
WhatsApp group support + certificate liveDapat update, Q&A, support selepas kelas, dan bukti penyertaan.
Value RM230
Bundle value jika dibeli berasinganRM1,587
Anda bayar hari iniRM150
Jimat RM1,437
Pilih Tarikh

Jangan tunggu sampai skill gap makin jauh

Kenapa Kena Daftar Sekarang, Bukan Nanti?

Setiap bulan yang anda tangguh, kerja Excel manual, copy-paste, troubleshoot formula, dan report last minute akan datang semula. Bezanya, orang lain mungkin sudah mula belajar cara automate kerja mereka dan nampak lebih valuable di tempat kerja.

Supaya tak ketinggalan bila orang lain dah ke hadapan

Dalam banyak team, orang yang boleh bina dashboard dan explain data akan lebih cepat nampak contribution mereka. Jangan tunggu sampai skill ini jadi requirement baru nak mula.

Power BI dah jadi skill wajib macam Excel

Dulu Excel sudah cukup. Sekarang report perlu refresh, share, publish, dan dibaca oleh manager atau team. Power BI bukan lagi optional untuk kerja yang melibatkan data.

Career demand makin kuat, bukan hanya untuk data analyst

Staff, executive, finance, sales, operation, engineer, admin dan manager pun makin perlu faham dashboard. Skill ini bantu anda bersaing dalam kerja sekarang dan job hunting.

Pilih belajarpowerbi.com sebab anda bukan sekadar tengok demo

Anda akan dibimbing live dalam Bahasa Melayu, guna dataset latihan, nota step-by-step, Q&A, rakaman, support group, dan workflow publish sampai boleh apply di tempat kerja.

Laburkan 1 hari atau 2 malam sahaja

Commit satu slot, follow hands-on, dan terus bina dashboard sebenar. Ini lebih mudah daripada belajar sendiri berbulan-bulan melalui tutorial yang terpecah-pecah.

Tak perlu overwhelm belajar sendiri dari YouTube

Tak perlu buang masa try and error lompat dari satu tutorial ke tutorial lain. Commit dan fokus belajar workflow best practice terus dengan trainer Power BI berpengalaman.

Kos tangguh sebenarnya lebih mahal

Kalau setiap minggu masih buang masa update report manual, masa itu hilang berkali-kali. Belajar sekali, ulang workflow, dan mula jimat masa kerja report anda.

Saya Nak Pilih Tarikh Sekarang → Mulakan dengan RM150 atau RM190 Unlimited Ambil slot yang sesuai, commit belajar, dan mula apply skill Power BI dalam kerja sebenar.
Hariz working on Power BI dashboards
Masalah sebenar reporting manual: 12 Excel files, scattered maintenance data, manual reporting, and Power BI dashboard solution
Gambaran masalah reporting manual: banyak Excel, data berselerak, report berulang, kemudian ditukar kepada satu dashboard Power BI yang lebih jelas.
Daripada report manual yang makan malam kepada dashboard yang boleh refresh.

Inilah transformation yang Hariz susun semula dalam webinar supaya peserta nampak workflow sebenar, bukan sekadar teori Power BI.

12 Exceldigabung manual
23,000+aset dianalisis
1 dashboardlebih mudah share

Cerita di sebalik belajarpowerbi.com

Dulu Saya Pun Pernah Stuck Dengan Excel Report Yang Tak Habis-Habis.

Sebelum mengajar Power BI, Hariz bermula sebagai engineer dalam bidang operations dan maintenance. Ketika bekerja di syarikat utility, beliau pernah ditugaskan menjaga aset di seluruh Selangor secara bersorangan: lebih 23,000 aset melibatkan pencawang, kabel dan overhead.

Selepas restructuring, kerja yang sebelum ini dipecahkan mengikut kawasan berubah menjadi satu tanggungjawab besar. Hariz perlu plan maintenance untuk seluruh negeri supaya engineer di kawasan boleh execute kerja dengan lebih tersusun.

Masalah sebenar: data breakdown, defect, asset condition dan maintenance history datang dari banyak file. Untuk buat analysis, kadang-kadang perlu buka 12 Excel, link formula antara workbook, copy-paste analysis ke PowerPoint, dan siapkan report sampai malam.

Dari situlah Hariz mula cari cara untuk automate kerja admin dan reporting, supaya masa sebagai engineer boleh fokus kepada kerja yang lebih high-impact. Bila beliau jumpa Power BI dan berjaya automate report sendiri, ramai rakan sekerja mula bertanya, “macam mana awak buat dashboard ni?”

Cuma pada masa itu, nak belajar Power BI bukan mudah. Course Power BI dalam Bahasa Melayu yang simple dan mudah faham hampir tak ada. Kebanyakan rujukan yang ada datang dari overseas, terlalu technical, penuh jargon, dan susah nak relate dengan masalah reporting di tempat kerja.

Hariz terpaksa belajar sendiri melalui try and error setiap hari. Banyak malam habis dengan troubleshoot, test formula, repair data model, tengok tutorial, dan tidur lewat sampai 4 pagi semata-mata nak faham cara develop Power BI yang betul.

Sebab itu belajarpowerbi.com wujud: Hariz tak nak orang lain perlu lalui jalan yang sama. Webinar ini disusun sebagai shortcut praktikal supaya peserta boleh belajar workflow Power BI yang betul, step-by-step, tanpa perlu buang masa bertahun-tahun try and error sendiri.
Hariz at ICT Conference 2022 after Power BI Hackathon win Winner trophy for TNB Powerlab 2.0 Hackathon 2022 Power BI
Champion Power BI Hackathon

Dari automate report sendiri sampai jadi lead developer pasukan juara.

Hariz juga pernah menjadi champion Power BI Hackathon sebagai lead developer, mengatasi 38 group lain. Pengalaman inilah yang membentuk cara beliau mengajar: praktikal, fokus kepada problem sebenar, dan hasil dashboard yang boleh digunakan.

Lead Developer Champion 38 group dikalahkan

Akhirnya Hariz tubuhkan belajarpowerbi.com supaya ilmu Power BI boleh dikongsi kepada lebih ramai orang dalam bahasa yang mudah faham, praktikal, dan terus boleh digunakan di tempat kerja.

  • Background engineering, operations dan maintenance; bukan bermula sebagai data analyst.
  • Pernah handle data real: asset, breakdown, defect, planning, execution dan management report.
  • Pernah belajar Power BI sendiri dari zero melalui try and error, rujukan luar negara, dan troubleshooting sampai lewat malam.
  • Membina belajarpowerbi.com sebagai shortcut Bahasa Melayu yang lebih mudah faham untuk orang bekerja.
  • Champion Power BI Hackathon sebagai lead developer, mengatasi 38 group lain.
  • Mengajar Power BI berdasarkan masalah kerja sebenar: automate report, clean data, build dashboard dan share insight.
23,000+Aset utility pernah dianalisis
1000+Peserta Power BI dilatih
4 TahunBelajarPowerBI.com berjalan

Your Expert Trainers

Hariz Sharif

Hariz Sharif

Maintenance Analyst (Power BI)

Microsoft Certified Power BI Data Analyst Associate PL-300 badge Microsoft Certified: Power BI Data Analyst Associate
  • Founder belajarpowerbi.com
  • Certified PL-300: Microsoft Power BI Data Analyst
  • Power BI Trainer and Advance Microsoft Excel Trainer
  • Champion Hackathon Power BI
  • Trained over 1000+ students
Rafiq Hilmi

Rafiq Hilmi

Process Engineer (Gas)

Microsoft Certified Power BI Data Analyst Associate PL-300 badge Microsoft Certified: Power BI Data Analyst Associate
  • MEng Chemical Engineering, The University of Manchester
  • Research in process data analytics
  • Active sharing at X: @PunzaAnalytics
  • LinkedIn thought leader in process engineering, data and tech
Nu'man Badrud'din

Nu'man Badrud'din

Data Analyst (IT)

Microsoft Certified Power BI Data Analyst Associate PL-300 badge Microsoft Certified: Power BI Data Analyst Associate
  • Certified PL-300: Microsoft Power BI Data Analyst
  • Developing and managing Power BI reports
  • Automate tasks via Robotic Process Automation
  • QnA contributor in Belajar Power BI community

Trusted by industry leaders

Latihan Power BI Yang Dipercayai Team Korporat

Antara organisasi dan team yang pernah mengikuti latihan bersama Digital Analytic Solution untuk naikkan kemahiran reporting, dashboard, dan data analytics.

Trusted by teams across Malaysia corporate logo wall for Digital Analytic Solution Power BI training

Feedback peserta

Apa Kata Peserta Yang Pernah Join Webinar Power BI?

Ini antara feedback peserta selepas join sesi live, buat latihan hands-on, tanya soalan semasa kelas, dan mula nampak bagaimana Power BI boleh bantu kerja report harian.

Feedback Google Form
Sharing LinkedIn
Sesi Live Zoom
Feedback peserta webinar Power BI melalui Google Form 1

Pilih tarikh kelas

Daftar terus ikut slot webinar yang anda nak join.

Tekan button tarikh pilihan anda. Setiap button akan bawa anda ke halaman pendaftaran dan pembayaran untuk sesi tersebut.

Standard RM150 1 sesi live pilihan anda + rakaman, nota, resources dan support.
Selepas pendaftaran selesai Link Zoom akan dihantar melalui email. Anda juga akan dimasukkan ke dalam WhatsApp group untuk reminder kelas, update webinar seterusnya, resources, dan komuniti Power BI. Pastikan email dan nombor WhatsApp yang didaftarkan betul.
Register melalui HRDF/HRDC? WhatsApp admin → Untuk company training, HRDC claimable, quotation, dan bantuan proses pendaftaran.

Belajar Skill Report Yang Boleh Jimat Masa Kerja Anda.

Pilih tarikh yang sesuai, klik CTA, dan lengkapkan pendaftaran di halaman checkout. Selepas pembayaran, anda akan menerima maklumat kelas dan link Zoom mengikut arahan pendaftaran.

  • Bina dashboard sendiri dengan bimbingan trainer certified.
  • Belajar workflow Excel ke Power BI dari zero walaupun anda bukan data analyst.
  • Kurangkan kerja report manual dan jadikan insight lebih senang dibentang.
  • Dapat rakaman, resources, sijil, support group, dan HRDC claimable untuk syarikat yang layak.

Standard RM150 untuk satu sesi live. Unlimited RM190 untuk akses live yang lebih fleksibel.

Frequently Asked Questions (FAQs)

Power BI webinar support and FAQ assistant
Boleh. Kelas ini memang direka dari zero. Anda tak perlu jadi data analyst dulu. Trainer akan guide step-by-step dari basic, setup Power BI Desktop, susun data, sampai boleh bina dashboard sendiri.
Untuk mula belajar dan bina report, Power BI Desktop boleh dimuat turun percuma melalui Microsoft Store. Untuk publish dan share dalam organisasi, akses mungkin bergantung kepada akaun atau lesen company.
WhatsApp admin kami dan kami akan bantu proses claim HRDC dari A sampai Z. Kami adalah HRDC Registered Training Provider.
Anda perlukan laptop atau desktop, internet yang stabil, Zoom, Microsoft Excel, dan Power BI Desktop. Kalau belum install Power BI Desktop, anda boleh download percuma melalui Microsoft Store sebelum kelas. Kami akan guide setup asas semasa sesi.
Anda akan dapat video rakaman kelas mengikut pakej yang didaftarkan. Jadi kalau terlepas sesi live atau nak ulang semula langkah trainer, anda masih boleh belajar balik ikut masa sendiri.
Ya, peserta akan menerima certificate daripada Digital Analytic Solution Sdn Bhd. Trainer kami juga mempunyai kredibiliti seperti PL-300 Microsoft Power BI Data Analyst dan kelas ini sesuai untuk sokongan portfolio, rekod latihan, dan bukti pembelajaran profesional.
Kelas dijalankan secara live melalui Zoom. Link Zoom dan arahan kelas akan diberikan selepas pendaftaran selesai, biasanya melalui WhatsApp atau maklumat pendaftaran yang dihantar oleh admin.
Ada. Video rakaman disediakan supaya anda boleh ulang semula bahagian penting seperti Power Query, data modeling, DAX, dashboard design, dan publish report ke Power BI Service.
WhatsApp group digunakan untuk update kelas, link Zoom, resources, dataset, rakaman, nota tambahan, dan support selepas kelas. Kalau anda stuck masa apply di tempat kerja, anda boleh tanya dalam group.
Pilih Tarikh