Ceritakan keperluan anda

Isi ringkas di bawah. Brief dibuka dalam WhatsApp untuk anda semak dan hantar kepada pasukan kami.

Latihan & solution Power BI · Bahasa Melayu

Ubah data Excel jadi keputusan.

Kami bina dashboard Power BI untuk syarikat, kemudian ajar method yang sama kepada individu dan pasukan. Bersemuka, live di Zoom, atau ikut masa sendiri.

Badge HRD Corp Claimable daripada bahan penganjurBadge HRD Corp Registered Training Provider daripada bahan penganjurLencana Microsoft Certified: Power BI Data Analyst Associate (PL-300) milik trainer Hariz SharifHRD Corp claimable · Registered training provider
Trainer bertauliah Microsoft PL-300

Dari bilik kelas sebenar · kelas awam, in-house dan workshop

Peserta kelas Power BI, gambar 1Peserta kelas Power BI, gambar 2Peserta kelas Power BI, gambar 3Peserta kelas Power BI, gambar 4Peserta kelas Power BI, gambar 5Peserta kelas Power BI, gambar 6Peserta kelas Power BI, gambar 7Peserta kelas Power BI, gambar 8Peserta kelas Power BI, gambar 9Peserta kelas Power BI, gambar 10Peserta kelas Power BI, gambar 11Peserta kelas Power BI, gambar 12

Kami bantu anda jawab tiga soalan penting.

Satu method yang menghubungkan data mentah, pengiraan yang betul dan dashboard yang pasukan benar-benar guna.

  1. 01

    Di mana data saya, dan kenapa bersepah?

    Gabungkan fail Excel, CSV dan sistem syarikat dengan Power Query. Bersihkan sekali, kemudian refresh setiap bulan.

  2. 02

    Macam mana nak kira dengan betul?

    Bina data model dan measure DAX supaya setiap department kira KPI yang sama dengan cara yang sama.

  3. 03

    Apa yang pengurusan patut nampak?

    Reka dashboard yang menjawab soalan bisnes, bukan sekadar carta, dan kongsi dengan pasukan di Power BI Service.

Method Belajar Power BI

Satu aliran kerja dengan tiga bahagian yang bersambung. Belajar satu demi satu, atau ikut keseluruhannya dari data mentah hingga dashboard yang dikongsi bersama pasukan.

  • Gabung fail & sistem
  • Refresh tanpa salin semula
  • Data bersih & konsisten

Power Query

Sediakan dan bersihkan data dari pelbagai sumber.

Data Model & DAX

Hubungkan jadual dan kira KPI dengan betul.

Dashboard

Sampaikan cerita yang jelas kepada pengurusan.

  • Power BI + AI
  • Kongsi di Power BI Service
  • Satu sumber kebenaran
Dari Data ke Keputusan
  • Excel
  • CSV
  • SharePoint
  • SQL Server
  • Google Sheets
  • ERP / sistem
  • Web & API

Power Query

Sediakan data sekali. Refresh setiap bulan.

Gabungkan fail Excel dari setiap cawangan, buang duplikasi dan betulkan jenis data tanpa formula panjang. Langkah yang sama berulang sendiri setiap kali data baharu masuk.

Lihat E-Learning Power BI

Data Model & DAX

Satu definisi KPI untuk semua.

Susun jadual dalam star schema dan tulis measure DAX yang boleh disemak. Bila setiap department guna pengiraan yang sama, mesyuarat tak lagi bertelagah tentang angka.

Lihat Webinar Live

Dashboard & perkongsian

Dashboard yang pasukan benar-benar guna.

Reka halaman yang menjawab soalan pengurusan dalam beberapa saat, kemudian publish dan kongsi dengan selamat. Ini antara dashboard yang kami bina untuk inventori, maintenance, kewangan, perolehan dan HR.

Cuba 5 dashboard live
Inventory · Executive Summary
Dashboard inventori Power BI: nilai stok, kadar stockout, fill rate dan kesihatan gudang

Belajar dengan cara yang sesuai dengan jadual anda.

Konsep di skrin besar
Trainer bantu satu-satu
Hands-on dengan data
  • Bersemuka

    Seminar 2 hari di Shah Alam. Maksimum 15 peserta supaya trainer sempat bantu setiap orang.

    Ketahui lanjut
  • Live di Zoom

    Webinar sehari penuh pada hari Sabtu, tanya trainer secara live dan simpan rakaman.

    Ketahui lanjut
  • Ikut masa sendiri

    E-learning 93 video dari asas hingga dashboard. RM20 sebulan, boleh cancel bila-bila masa.

    Ketahui lanjut

Pilihan kursus & servis

Mula dari mana pun anda berada.

Dari 20 lesson percuma hingga latihan pasukan dan pembangunan dashboard untuk syarikat. Semua dalam Bahasa Melayu, dengan contoh kerja sebenar.

  1. 01Mula percuma dengan 20 lesson Power BI Basic
  2. 02Belajar ikut masa sendiri dengan E-Learning
  3. 03Sertai Webinar Live sehari bersama trainer
  4. 04Hadiri Seminar Fizikal 2 hari di Shah Alam
  5. 05Buka semua kursus dengan All Access
  6. 06Ulang kaji dengan Rakaman Crash Course
  7. 07Latih pasukan syarikat secara in-house
  8. 08Upah kami bina dashboard untuk syarikat

Siapa yang kami bantu

  1. 01

    Fresh grad

    Bina dashboard sendiri untuk portfolio, supaya resume ada bukti dan bukan sekadar “mahir Excel”.

  2. 02

    Profesional & eksekutif

    Engineer, akauntan, HR dan operasi yang mahu report bulanan siap sendiri, bukan disusun semula.

  3. 03

    Tukar kerjaya

    Mula kerjaya data analyst dengan Power BI. Tak perlu coding, mula dari asas kerja analyst.

  4. 04

    Pengurus & ketua jabatan

    Faham apa yang boleh dan tak boleh dijawab oleh data, dan minta dashboard yang betul daripada pasukan.

  5. 05

    Pasukan HR, kewangan & operasi

    Latihan in-house menggunakan contoh dan data yang dekat dengan kerja harian pasukan anda.

  6. 06

    Syarikat berdaftar HRDC

    Latihan boleh dituntut melalui HRD Corp. Mohon sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh latihan.

Ekosistem yang kami guna dan ajar

  • Power BI
  • Excel
  • SharePoint
  • OneDrive
  • Teams
  • Google Sheets
  • Power Automate
  • Power Apps
  • Copilot
  • Python
  • ChatGPT
  • Claude

Jawapan

Soalan tentang Belajar Power BI

Jawapan ringkas tentang kursus, sijil, HRDC dan servis pembangunan dashboard untuk syarikat.

Saya tak tahu coding. Boleh belajar Power BI?

Boleh. Power BI dibina untuk pengguna bisnes. Kalau anda biasa dengan Excel, anda dah cukup bersedia untuk mula.

Kursus mana yang patut saya mula dulu?

Mula dengan 20 lesson Power BI Basic yang percuma. Bila dah yakin, pilih e-learning untuk belajar ikut masa sendiri, webinar live untuk tanya trainer, atau seminar fizikal untuk bimbingan bersemuka.

Kelas diajar dalam bahasa apa?

Semua kelas diajar dalam Bahasa Melayu, dengan istilah teknikal Power BI dikekalkan dalam Bahasa Inggeris seperti yang anda akan jumpa di tempat kerja.

Adakah saya dapat sijil?

Peserta webinar, seminar dan e-learning menerima e-certificate yang boleh dikongsi terus sebagai credential di LinkedIn.

Boleh syarikat tuntut melalui HRDC?

Boleh. Kami penyedia latihan berdaftar HRD Corp. Mohon sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh latihan untuk mengelak kesulitan kelulusan.

Syarikat saya mahu dashboard siap, bukan latihan. Boleh?

Boleh. Kami bina dashboard, automasi dan low-code solution dengan skop handover yang dipersetujui. Hubungi kami untuk quotation.

Bersihkan data. Kira dengan betul. Sampaikan apa yang penting.

Pilih cara belajar yang sesuai, atau bincang dengan kami tentang dashboard dan latihan untuk syarikat anda.

WhatsApp admin